Waktu sekarang: Mersing Harbour Centre:

Book your hotel or resort room online now
Tinggal semalaman di Tioman

mersing pengangkutan tg. gemuk promo!
Percuti Tioman? Tempah tiket feri ke Tioman online. Kalau hubungi: 013 465 1623
zon gembiratentang kami testimonial tioman spa
Klik disini untuk desktop website
tiket feri jadual feri bas mersing tioman


Hanya satu klik sahaja...
Hanya satu klik sahaja...


Pulau Tioman

Tioman adalah pulau yang terbesar di dalam kumpulan pulau gunung berapi yang terletak di Pantai Timur di Semenanjung Malaysia yang dipanggil sebagai Seri Buat Archipelago. Kecantikan semulajadi Tioman merupakan tarikan utama pulau ini. Hutan tropika hijaunya yang subur, meliputi kira-kira 12,000 hektar pulau tersebut, dan sungai gunungnya yang asli serta air terjun merupakan rumah kepada berdozen spesies mamalia eksotik, burung-burung dan bunga-bunga yang dilindungi.

Profil Tioman yang menakjubkan dan tersendiri dilengkapkan oleh Gunung Kajang. Mempunyai ketinggian pada 1038 meter, gunung berapi pupus yang sering diselubungi awan ini bukan sahaja merupakan gunung Tioman yang tertinggi, malah ia juga merupakan gunung yang tertinggi di mana-mana pulau yang terletak di pantai Semenanjung Malaysia.

Air jernih yang mengelilingi Tioman dipenuhi dengan batu karang pelbagai bentuk, warna dan saiz. Habitat lautnya yang menakjubkan menawarkan kepelbagaian hidupan laut yang meluas, termasuklah ikan yu paus, ikan lumba-lumba, ikan pari manta, penyu laut dan pelbagai spesies ikan eksotik. Tioman merupakan tempat yang hebat untuk mencuba aktiviti snorkeling atau selam skuba.

Dengan mempunyai pantai-pantai yang cantik yang terbentang panjang, Tioman telah memenangi anugerah “Salah Satu Pulau Tercantik di Dunia” yang diberikan oleh Majalah Time. Ia tidak mengejutkan untuk mengetahui bahawa terdapat beberapa pantai yang sempurna di Tioman. Perenang-perenang dan orang yang sukakan sinaran matahari juga akan menikmati masa mereka sepenuhnya semasa tinggal di sini.

Tambahan pula, Tioman mempunyai banyak pilihan untuk relaks bagi semua jenis percutian, daripada keluarga dengan anak-anak kecil hingga kepada orang yang berbulan madu, backpackers, pengembara, dan juga pencinta alam.

Pemain golf juga, pelanggan bebas cukai dan mereka yang inginkan ganjaran bagi diri sendiri di hujung minggu dengan memanjakan diri secara eksklusif dan mewah akan dapat menjumpai apa yang mereka inginkan di resort teluk pantai kecil persendirian Tioman.

Booking.com